DALAM KEHILANGAN, KU TEMUI IMAN DAN NUR-MU..

aku suka menulis,aku menulis untuk diri sendiri,untuk kepuasan hati dan untuk dikongsi pada yang sudi..

aku mungkin berkias dalam untaian kata-kata..kadangkala sukar untuk kau fahami ertinya...

aku menulis adalah cara bagiku untuk meluahkan rasa,melukis isi hati dan kurangkaikan kata-kata yang hanya seindah biasa.....

Sunday 17 February 2013

Hidayah itu milik Allah SWT



“Jalan dakwah merupakan jalan yang mulia dan ia hanya mampu dipikul oleh orang yang mulia.” {Syaikh Abdullah Azzam} “Berjuanglah untuk mengejar akhirat tanpa melupakan dunia.” {28:77} “Korbankan harta, masa, keinginan dan perasaanmu demi dakwah Islam walaupun berat kakimu melangkah.” {9:41} “Kerana bukan semua yang kau sukai baik untukmu.” {2:216} “Berjihadlah dengan ikhlas wahai DAI’E, ALLAH akan menunujukkan jalanNya.” {26:69} “DIA sentiasa perhatikan dakwahmu.” {9:105}


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak derhaka kepada ALLAH terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan..." (At-Tahrim:6)



“Rentasilah hidup ini biarpun kadang-kadang kita tewas. Anggaplah ia sebagai rahmat dalam hidup ini kerana ia merupakan kafarah dosa-dosa lalu. Bila rasa berat memikul amanah keluarga, berat lagi memikul amanah AGAMA. Bila rasa menimbulkan fitnah pada keluarga itu malu, malu lagi menimbulkan fitnah pada AGAMA. Bila jalan mengubah nasib keluarga itu curam, curam lagi perjalanan menegakkan AGAMA. Bila segalanya terasa berat dan menyusahkan, hebat lagi apa yang dilalui oleh Rasulullah.”







“Ya ALLAH, yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah kami dijalan agamaMu,diatas jalan ketaatan, jalan jihad dan jalan perjuangan. Amin.”

“Ketahuilah sahabat, bahawa jalan dakwah yang kita tempuhi ini sememangnya tidak dihamparkan dengan karpet permaidani merah nan indah dan semestinya perjuangan yang kita perjuangkan ini dipenuhi dengan pelbagai mehnah serta tribulasi. Janganlah kita mudah mengeluh dan merungut dalam melaksanakan taklifan kita sebagai seorang DAI’E. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas segala keperitan dan kesusahan kita sebagai pejuang agamaNya di akhirat kelak. Ikhlaskan hati kita semua untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah,” 

“Sesungguhnya ALLAH pasti menolong orang yang menolong (agama)Nya. Sesungguhnya ALLAH benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan kepada ALLAH lah kembali segala urusan...” (Al Hajj : 40-41)


"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (Al-Baqarah : 286)


"Jika kita mengetahui betapa besar pahala memikir, merancang, membantu, menyusun ISLAM. Nescaya kita tidak akan tinggalkan kerja ini walau sesaat. Jika kita mengetahui betapa azabnya tinggalkan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Nescaya kita akan menghargai sesaat pemberian ALLAH. Jika kita mengetahui betapa tingginya nilai UKHWAH diatas dasar AQIDAH ISLAMIAH. Nescaya kita akan menutup lubang-lubang yang akan merosakkan ukhwah. Jika jasad menongkah arus mengerak TARBIAH memelihara AGAMA ISLAM,maka biarlah HATI kita bersama melaluinya. Tinggi harapan agar ALLAH pertemukan kita semua yg berada diatas jalan juangNYA di SYURGA nanti," 
“Amin, ya rabbal alamiiin,”

“Kita buat kerana ALLAH suruh, kita sampaikan kerana itu yang ALLAH dan Rasul-Nya mahukan dan sebagai melunaskan tanggungjawab yang dituntut ke atas kita setakat kemampuan yang ada dan cara bagaimana yang kita mampu laksanakan. ALLAH jualah pemberi kekuatan dan petunjuk. Kita hanya penyeru bukan penghukum manusia. Kita hanya mampu berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH,”

“ALLAH tak tanya kita kenapa si fulan tidak berubah? atau kenapa si fulanah tidak berubah? ALLAH tidak akan bertanya hasil setelah seseorang itu menyampaikan dakwah. Tetapi yang akan dipersoalkan adalah usaha kita menyampaikan dakwah dan tindakan kita sendiri. Mengapa kita tidak laksanakan? Mengapa kita tidak menyeru? Mengapa kita tidak berusaha?

“Jangan berputus asa melihat hasil, sebaliknya lihatlah kepada usaha kita, dimana yang mampu kita perelokkan, kita cuba. Di mana yang dapat kita luruskan kita ikhtiarkan. Jika merasa masih tidak mampu untuk menegur, sekurang-kurangnya jangan sampai membeku iman untuk terus munajat dan berdoa agar dibukakan hati mereka untuk menerima cahaya hidayah. Kerana hanya ALLAH yang mampu untuk menyentuh dan mengubah hati hambaNya kerana Dia adalah Pencipta kita. Hidayah itu milikNya,”


 “Ubah diri kita agar kita mampu mengubah orang lain. Muhasabahlah diri. Lihatlah betul-betul pada diri kita. Apakah apa yang kita seru dan laungkan benar-benar kita sendiri beramal dengannya? Apakah ada dosa lain yang menghijab hati sehingga jiwa seakan mengeluh bosan, kekuatan seakan tunduk melemah, dan hati bagai dirasuk kekosongan? Islah nafsak wad’u ghairak,”

“Dakwah itu tidak semestinya lantang berpidato, tidak semestinya juga harus pandai menulis dan menyulam kata, dengan keperibadian mulia dan cara kita memperlakukan orang disekeliling kita dengan akhlak yang baik adakalanya mampu menyuntik kesedaran mendalam pada yang melihat untuk mencetus perubahan. 


“Bercakap dan menulis itu mampu mengundang laknat andai aplikasinya jauh dari apa yang diperkatakan. Jangan sedih andai kita bukan seorang pendakwah yang bercakap lantang, jangan dikeluh andai kita bukan penulis terbaik, namun sedihlah andai hati beransur mati, iman beransur menipis dan peribadi sendiri makin tercemar noda, sehingga langkah dakwah pula makin banyak yang tempang lalu menyebabkan kita futur dan lari dari medan perjuangan Islam. Nauzubillahi min zalik. Semoga ALLAH memelihara iman kita dan sentiasa thabatkan hati kita sebagai pejuang agamaNya,” 

"Apabila DAIE tidak menjaga hatinya, maka rosaklah dirinya, terfitnahlahlah ISLAM kerananya dan runtuhlah DAKWAH ditangannya. Sesungguhnya kejayaan DAKWAH itu bukanlah terletak pada kepandaian seorang DAIE itu berkata-kata, kepetahan seorang DAIE itu dalam berhujah, bukanlah jua kehebatan seorang DAIE itu dengan aktif berpersatuan atau organisasi dakwah, tetapi hakikat yang sebenar terletak pada KEIKHLASAN dan KEBERSIHAN HATINYA.Maka, waspadailah hati kita selalu agar ia terselamat daripada kekotoran nafsu yang menipu,"

“Kerana realiti yang terjadi sekarang majoriti DAIE yang berada di jalan dakwah, tetapi belum tentu ramai dalam kalangan pendakwah yang MENCINTAI DAKWAH. Moga kita menjadi golongan yang cintakan dakwah dan dapat memberikan penjelasan akan hakikat sebenar ISLAM kepada seluruh manusia sehingga  ISLAM itu tinggi. HATI seorang DAIE itu perlu dijaga kesuciannya agar tidak tercela dengan kotoran maksiat atau zina hati  walaupun sekecil zarah dosa pun. Sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat untuk orang-orang yang beriman,”

“Akhirul kalam, kita adalah pembawa dan penyebar syiar-syiar Islam. Kita pembawa mesej Islam pada diri dan tindak tanduk kita terutamanya akhlak peribadi kita sebagai seorang pendakwah. Diri kita juga mampu menjadi cermin keindahan islam, kerana islam itu bukan pada namanya tetapi dilihat cantiknya apabila dipakai indah oleh Muslim yang benar-benar mukmin,”

"Keberkatan dan kemanisan dalam perjuangan hanya untuk mereka yang MAMPU bermujahadah dalam kepayahan, berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dalam keperitan. Biarlah kebenciaan manusia kita peroleh, tetapi tidak kebenciaan dari Penciptanya. Pandangan ALLAH itu lebih utama. Apa yang akan kita dapat daripada perjuangan Islam ini? ALLAH telah berjanji kepada pejuang agamaNya dengan jual-beli menghadiahkan ganjaran SYURGA. Subhanallah," a

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan SYURGA untuk mereka... (At-Taubah : 111)


No comments:

Post a Comment